Friday, August 14, 2009

Ilham Hari Ini

Dah lama aku tak menulis kat sini. Sebenarnya aku dah start masuk mengajar 2 minggu lepas, sebab tulah tak sempat nak update blog nie. Masa aku gi skolah, mertua tolong jaga Ilham kat wad. Dah balik sekolah, aku jaga pulak. So, memang tak ada masa la, kalau balik umah pun, sempat cuci baju n buat kerja-kerja yang perlu saja. Sejak masuk kali kedua hari tu, Ilham tak balik rumah lg, dah stabil, dia dipindahkan ke HUSM semula. Hmmm....aku dok berharap betul agar Ilham boleh discharge, lama betul dia berkampung kat hospital ni. Ilham di admit kat HUSM semula 4 hb Ogos baru ni. Tu pun ambulans dari HUSM gi jemput dia kat HRPZII. Hari ni Ilham dah tak fit lg, tapi dia demam la pulak. So, kena start balik antibiotik selama seminggu. Dr. Salmi suruh Ilham dok dalam dalam bilik supaya tak dijangkiti kuman. So, kami pun pindahlah dalam bilik. Harap-harap berkesanlah cara nie. Tapi setiapa kali ada orang datang melawat dan masuk bilik ni, mesti Ilham kena demam panas, aduh, sensitif betul dia. La ni, susu dan ubat semua kena bagi ikut tiub di hidung dia supaya tak ganggu paru-paru kalau dia muntah balik susu. Sekarang ni, aku tak tau apa perkembangan Ilham sebab dia asyik tidur jer. Fisiologis suruh aku selalu buat senaman kat Ilham supaya tubuh dia tak keras. So, kalau dia terjaga aku kena gerakkan tangan, kaki, dan angkat tubuh dia sikit. Harap-harap Ilham boleh balik cepat, dapatlah kami sekeluarga berpuasa kat rumah.

Sunday, August 2, 2009

Ke hrpzII

Hmmm... lepas aje ct scan 30 hb, keadaan Ilham semakin membimbangkan. Muka dia nampak pucat n bp dia semakin menurun.... Dr. nampak panik jugak. Aku apa lg. Last2 Ilham ditolak skali dgn katilnya ke bilik rawatan untuk diberi bantuan oksigen n di intubate semula... Baru jer buang wayar tu sehari, dah kena masuk balik. Sian Ilham. Pas tu tak ada pulak mesin di husm. Jadinya, Ilham dipindahkan ke hospital kota baru(hrpzII). Mujur kat situ ada mesin, kalau tak aku tak tau la ke mana lg Ilham akan di bawa. So, hari tu, aku naik ambulans buat kali pertama. Sampai hari nie, Ilham masih di icu kota bharu. Nurse kata maybe nak bukak bantuan pernafasan tu hari nie... So, boleh pindah ke wad biasa n kalau stabil boleh balik rumah or pindah husm semula..