Friday, August 14, 2009

Ilham Hari Ini

Dah lama aku tak menulis kat sini. Sebenarnya aku dah start masuk mengajar 2 minggu lepas, sebab tulah tak sempat nak update blog nie. Masa aku gi skolah, mertua tolong jaga Ilham kat wad. Dah balik sekolah, aku jaga pulak. So, memang tak ada masa la, kalau balik umah pun, sempat cuci baju n buat kerja-kerja yang perlu saja. Sejak masuk kali kedua hari tu, Ilham tak balik rumah lg, dah stabil, dia dipindahkan ke HUSM semula. Hmmm....aku dok berharap betul agar Ilham boleh discharge, lama betul dia berkampung kat hospital ni. Ilham di admit kat HUSM semula 4 hb Ogos baru ni. Tu pun ambulans dari HUSM gi jemput dia kat HRPZII. Hari ni Ilham dah tak fit lg, tapi dia demam la pulak. So, kena start balik antibiotik selama seminggu. Dr. Salmi suruh Ilham dok dalam dalam bilik supaya tak dijangkiti kuman. So, kami pun pindahlah dalam bilik. Harap-harap berkesanlah cara nie. Tapi setiapa kali ada orang datang melawat dan masuk bilik ni, mesti Ilham kena demam panas, aduh, sensitif betul dia. La ni, susu dan ubat semua kena bagi ikut tiub di hidung dia supaya tak ganggu paru-paru kalau dia muntah balik susu. Sekarang ni, aku tak tau apa perkembangan Ilham sebab dia asyik tidur jer. Fisiologis suruh aku selalu buat senaman kat Ilham supaya tubuh dia tak keras. So, kalau dia terjaga aku kena gerakkan tangan, kaki, dan angkat tubuh dia sikit. Harap-harap Ilham boleh balik cepat, dapatlah kami sekeluarga berpuasa kat rumah.

No comments:

Post a Comment