Thursday, October 8, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri...Balik Rumah

Salam semua.... dah lama aku tak menulis kat sini. Ilham pun dah balik rumah seminggu sebelum hari raya. Lega betul perasaan aku. Aku dah boleh mengajar semula, tapi sibuklah sikit sebab kena jaga betul masa, walaupun balik rumah, Ilham masih kena makan ubat-ubat dia yang macam-macam jenis dan macam-macam warna tu. Tapi hati aku senang sebab dia nampak sihat dan bertambah tembam.

Friday, August 14, 2009

Ilham Hari Ini

Dah lama aku tak menulis kat sini. Sebenarnya aku dah start masuk mengajar 2 minggu lepas, sebab tulah tak sempat nak update blog nie. Masa aku gi skolah, mertua tolong jaga Ilham kat wad. Dah balik sekolah, aku jaga pulak. So, memang tak ada masa la, kalau balik umah pun, sempat cuci baju n buat kerja-kerja yang perlu saja. Sejak masuk kali kedua hari tu, Ilham tak balik rumah lg, dah stabil, dia dipindahkan ke HUSM semula. Hmmm....aku dok berharap betul agar Ilham boleh discharge, lama betul dia berkampung kat hospital ni. Ilham di admit kat HUSM semula 4 hb Ogos baru ni. Tu pun ambulans dari HUSM gi jemput dia kat HRPZII. Hari ni Ilham dah tak fit lg, tapi dia demam la pulak. So, kena start balik antibiotik selama seminggu. Dr. Salmi suruh Ilham dok dalam dalam bilik supaya tak dijangkiti kuman. So, kami pun pindahlah dalam bilik. Harap-harap berkesanlah cara nie. Tapi setiapa kali ada orang datang melawat dan masuk bilik ni, mesti Ilham kena demam panas, aduh, sensitif betul dia. La ni, susu dan ubat semua kena bagi ikut tiub di hidung dia supaya tak ganggu paru-paru kalau dia muntah balik susu. Sekarang ni, aku tak tau apa perkembangan Ilham sebab dia asyik tidur jer. Fisiologis suruh aku selalu buat senaman kat Ilham supaya tubuh dia tak keras. So, kalau dia terjaga aku kena gerakkan tangan, kaki, dan angkat tubuh dia sikit. Harap-harap Ilham boleh balik cepat, dapatlah kami sekeluarga berpuasa kat rumah.

Sunday, August 2, 2009

Ke hrpzII

Hmmm... lepas aje ct scan 30 hb, keadaan Ilham semakin membimbangkan. Muka dia nampak pucat n bp dia semakin menurun.... Dr. nampak panik jugak. Aku apa lg. Last2 Ilham ditolak skali dgn katilnya ke bilik rawatan untuk diberi bantuan oksigen n di intubate semula... Baru jer buang wayar tu sehari, dah kena masuk balik. Sian Ilham. Pas tu tak ada pulak mesin di husm. Jadinya, Ilham dipindahkan ke hospital kota baru(hrpzII). Mujur kat situ ada mesin, kalau tak aku tak tau la ke mana lg Ilham akan di bawa. So, hari tu, aku naik ambulans buat kali pertama. Sampai hari nie, Ilham masih di icu kota bharu. Nurse kata maybe nak bukak bantuan pernafasan tu hari nie... So, boleh pindah ke wad biasa n kalau stabil boleh balik rumah or pindah husm semula..

Friday, July 31, 2009

Pindahlah pulak!

Salam....28 hb tiub Ilham dah ditanggalkan. so, nampak la dia selesa skit. Jadi dah tak leh duduk kat dalam bilik HDU 2 la. So, kena pindah kat luar, tapi masih lagi kat HDU or 6 utara. Sementara nak tunggu dipindahkan balik ke wad 6 selatan. Atas permintaan mama Ummi, nurse pun bagila Ilham dok kat situ dulu, lgpun Ummi n Abi bimbang Ilham tak stabil lg. Gini, sebelum masuk wayar ari tu Ilham tak guna ubat dormicum n 'fit' dia makin teruk. Jadi bila dah masuk wayar n guna dormicum, dah takdelah 'fit' lagi. Lepas jer cabut segala wayar tu, dormicum pun turut dihentikan kira-kira pukul 6.45 pagi. Dr. suruh aku perhatikan keadaan Ilham, kot2 dia 'fit' lg. Apalagi, aku pun siap sedia dgn pen dan buku kat sebelah Ilham. Hmm...tak de apa2apa kot, aku berdoa dalam hati supaya ilham dah tak kena 'fit' lg. Tunggu punya tunggu akhirnya..... Ilham Start 'fit' balik kira2 pukul 12.00 tgh hari. Aduh, kecewanya aku. Aku pun catat setiap kejadian 'fit' Ilham tu. Mula2 biasa jer, tak la kerap sangat, pas tu dekat2 pukul 2.00 petang dah semakin menjadi-jadi pulak. Selang 15 minit dia 'fit' n last2 selang seminit dia 'fit'. makin teruk la keadaannya. So, dr. pun sambung balik dormicum n Ilham pun tak 'fit' dah. Bila dr. tgk keadaan Ilham dah Stabil, so kena pindah la semula ke wad 6 selatan.

Tuesday, July 28, 2009

Ilhamku....

Nie gambar Ilham dalam topi oksigen masa di emergency, masa lps cabut wayar pun lebih kurang mcm nie la jgak, cuma lemah skit n sedih...

Alahai Ilham...

Semalam dr. ada cakap nak cabut semua wayar kat mulut n hidung Ilham pg nie pukul 6. Aku pun readyla bgn awal pukul 5.30 pg... takut masa dr. masuk bilik aku tido plak... Alhamdulillah, wayar2 tu dibuka. Tp kena pakai topi oksigen la pulak. terkelip2 anak aku dalam topi tu. Pas tu dia tgk muka aku dia nangis. Tp suara tak keluar sbb tekak dia sakit lagi dek wayar2 tu la... Pilu betul aku tgk muka dia... Kahak pun banyak, sampai batuk2. Dekat2 pukul 10 nurse suruh aku packing barang nak pindah wad 6 selatan semula. Malangnya katil tak ready lg n aku kena dok kat luar dulu dekat dgn stesen nurse... Hmm...tak pelah. Kebetulan dr pakar yang rawat Ilham dok buat 'round' so dia bgtaula nak tukar baru pulak, epilim. Aku ok jer, asalkan anak aku sihat. Tup-tup nurse bgtau Ilham tak jadi g 6 selatan, dok la aku kat 6 utara nie lg. Lps aje dr. hbs round around kul 12.00, Ilham dah mula 'fit' balik dgn mata yg terkejip2 n kaki tangan terangkat. Aku relaks lg sebab tak nampak kuat sgt. Aik! Semakin menjadi2 plak 'fit' dia. Aku pun apa lg, cepat2 bgtau nurse. terus nurse bagi epilim n aku suap pakai shringe kat Ilham. Hmmm...apa hal nie! Dok jadi jugak 'fit' dia... Selang seminit plak tu...Risau betul aku, sampai Ilham nak tdo pun tak leh. Mcm kena tarik2 je mata dia. Last2 nurse call dr. n bgtau hal Ilham nie... Then, last effort for now, dr. bg balik dormicum dgn dos yg rendah, br ok n dia bleh tido. Kira2nya kalau bagi dormicum ni kene guna mesin bantuan pernafasan. Sbbnya akan ada gangguan pada sistem pernafasan kalau guna dormicum. So aku tak taula apa plak nak buat lps nie. Ct scan plak tunda nak wat hari khamis nie...

Monday, July 27, 2009