Tuesday, July 28, 2009

Alahai Ilham...

Semalam dr. ada cakap nak cabut semua wayar kat mulut n hidung Ilham pg nie pukul 6. Aku pun readyla bgn awal pukul 5.30 pg... takut masa dr. masuk bilik aku tido plak... Alhamdulillah, wayar2 tu dibuka. Tp kena pakai topi oksigen la pulak. terkelip2 anak aku dalam topi tu. Pas tu dia tgk muka aku dia nangis. Tp suara tak keluar sbb tekak dia sakit lagi dek wayar2 tu la... Pilu betul aku tgk muka dia... Kahak pun banyak, sampai batuk2. Dekat2 pukul 10 nurse suruh aku packing barang nak pindah wad 6 selatan semula. Malangnya katil tak ready lg n aku kena dok kat luar dulu dekat dgn stesen nurse... Hmm...tak pelah. Kebetulan dr pakar yang rawat Ilham dok buat 'round' so dia bgtaula nak tukar baru pulak, epilim. Aku ok jer, asalkan anak aku sihat. Tup-tup nurse bgtau Ilham tak jadi g 6 selatan, dok la aku kat 6 utara nie lg. Lps aje dr. hbs round around kul 12.00, Ilham dah mula 'fit' balik dgn mata yg terkejip2 n kaki tangan terangkat. Aku relaks lg sebab tak nampak kuat sgt. Aik! Semakin menjadi2 plak 'fit' dia. Aku pun apa lg, cepat2 bgtau nurse. terus nurse bagi epilim n aku suap pakai shringe kat Ilham. Hmmm...apa hal nie! Dok jadi jugak 'fit' dia... Selang seminit plak tu...Risau betul aku, sampai Ilham nak tdo pun tak leh. Mcm kena tarik2 je mata dia. Last2 nurse call dr. n bgtau hal Ilham nie... Then, last effort for now, dr. bg balik dormicum dgn dos yg rendah, br ok n dia bleh tido. Kira2nya kalau bagi dormicum ni kene guna mesin bantuan pernafasan. Sbbnya akan ada gangguan pada sistem pernafasan kalau guna dormicum. So aku tak taula apa plak nak buat lps nie. Ct scan plak tunda nak wat hari khamis nie...

No comments:

Post a Comment