Saturday, July 25, 2009

Ilham Situation Chronology

Pada 6 Julai 2009, Ilham dimasukkan ke wad 6 Selatan, HUSM. Gejala awal : sentakan pada tangan dan kaki, belakang bengkok ke hadapan dan mata terbeliak. Doktor ambil masa about 2 days untuk diagnose penyakitnya sebagai 'Infantile Spasm' (IS). Kami terus buat study & own research kat internet. Antaranya, jumpa video kat youtube, kes yang sama macam seizure kat Ilham, IS.

Dalam masa seminggu dihospitalized, 3 kali EEG telah dijalankan. Ujian ketiga pada 12 Julai 2009 menunjukkan result wave yang normal, terus Ilham dibenarkan discharge dari HUSM. Ubat yang dibekalkan ialah : Phenobarbeton, Prednisolone & Pantoprazole.

Di rumah, tiada tanda abnormaliti, sehinggalah hari ke-6 (Jumaat), Ilham tidak boleh tidur kerana asyik terkejut. Esoknya, 18 Julai 2009, terjadi kejutan-kejutan yang kelihatan seperti sawan. Frequensinya semakin kerap. Jenis sawan berbeza dengan yang pertama, iaitu kali ini terkejut dan terketar-ketar. Kira-kira pukul 9 malam, Ilham dibawa ke ER. Jam 12.30 malam, Ilham dimasukkan semula ke wad 6 Selatan.

Pada 20 Julai 2009, EEG ke-4 dijalankan. Result menunjukkan wave kurang normal, merosot dari EEG ke-3. So, doktor bagi ubat lain, tetapi sawan tetap berlaku. Doktor mengubah-ubah ubatan yang diberi, but seems to no avail. Antara ubatan yang diberi : Probazam, Metilprep, Phenytoin.. Last effort, Ilham diberi Valium, sejenis ubat tidur.. Setelah consult dengan 'relative & fren doctors' (thanks to Dr Haslan, Dr Asma' & Dr Elham), Ummi telah buat application untuk CT scan, tetapi kena tunggu till keadaan Ilham lebih stabil.

22 Julai 2009, doktor mula menggunakan Dormicum, sejenis ubat yang kemudiannya mengakibatkan Ilham sesak nafas (indicated by kadar oksigen yang rendah). Team kelam-kabut & memasukkan Ilham ke wad 6 Utara. Tiub oksigen dimasukkan ke dalam mulut, salur makanan di hidung & ubatan di kakinya.

Ilham tidur most of the time. Kadang-kadang terjadi keadaan seperti sawan, iaitu kakinya terketar-ketar. Tidak dapat dipastikan samada ianya sawan atau pergerakan biasa. The only small & simple effort yang boleh dibuat ialah melihat kadar oksigen pada mesin (xtau apa nama alat ni). Kalau lower than 95, mungkin sawan akan terjadi.

25 Julai 2009, keadaan masih tidak berubah. Ilham still banyak tidur dan hanya terjaga sekejap-sekejap. Kadang-kadang dia mengangkat kaki, yang kemudiannya dijelaskan leh doktor sebagai batuk, walaupun tiada suara keluar. From time to time, nurse akan datang sedut kahak melalui tiub yang dimasukkan ke mulut Ilham. Dalam usaha mencari case cause ini, Team telah mengambil sampel darah, air kencing, saliva, kahak dan najis, but to date, still no result. Antara presumption yang dibuat ialah mungkin ada virus infection. So, from 25th July, Ilham mula diberi Antibiotik. Kemudian, Ilham dimasukkan darah apabila suddenly paras darah menjadi rendah. Jumlahnya tidak dapat dipastikan..

27 Julai 2009, petang : Dormicum di hentikan. Ilham kelihatan seperti lelah dan berkahak, menyukarkan pernafasannya melalui tiub oksigen. Dia perlu selalu diperhatikan, kerana terlalu banyak kahak boleh menyebabkan tiub pernafasan tersumbat & pernafasannya terhalang. Pernah kelihatan Ilham sukar bernafas sehingga mukanya merah padam. Dia tidak boleh menangis kerana tiub di mulutnya, namun hanya Tuhan yang tahu betapa dia menderita, kerana batuk, berkahak & susah bernafas. Hanya airmata yang mengalir keluar melalui matanya..

I've never been so sad & unhappy in the whole life.. Apapun, sesungguhnya kita semua milik-Nya, dan hanya kepada-Nya jua kita kembali.. Ya Allah, betapa besar kurniaan-Mu, namun terlalu kerdil syukurku pada-Mu.. Saat ini daku diuji dengan dugaan-Mu, maafkan daku tidak tegar melalui ujian ini lantas berdukacita dalam kesedihan & air mata.. Bukan tidak redha dengan takdir-Mu, tetapi jiwa ini terlalu kerdil & lemah menghadapi mihnah-Mu, Ya Allah..

28 Julai 2009, jam 6 pagi : Team menanggalkan tiub oksigen di mulut & tiub di hidung Ilham. Mereka mula menggunakan ubat lain, Ephilim. Ummi membuat pemerhatian kalau-kalau terjadi fits lagi. Pada jam 7 pagi, fits terjadi. Mata Ilham terkedip-kedip dan tangan terangkat. Ia berlaku dengan sangat ringkas, 2-3 saat sahaja tetapi sangat kerap. Masa fits direkodkan : 7.00 pagi, 7.15, 7.40, 12.00 tghari, 12.25, 12.30, 12.40, 1.00 ptg, 1.10, 1.20, 1.33, 1.35... Pattern kekerapan ni berlanjutan sehingga 3.30 petang. Then Doktor bagi semula Dormicum. Shortly after that, frequency pattern tu gradually berkurangan.. AlhamduliLlah..

29 Julai 2009, Ilham dipindahkan semula ke wad 6 Selatan. Ongoing medication : Prednisolone & Dormicum. Dia masih diberi bantuan oksigen melalui hidung..

No comments:

Post a Comment